Perigi Hang Tuah terletak diKampung
Duyong,Melaka ini dikatakan mempunyai
kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang
terkemuka diNusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah
Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini
untuk kegunaannya.
Pada asalnya perigi ini
adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan
tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa
jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
No comments:
Post a Comment