'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah
sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan
rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan
seni rekabentuk Belanda yang halus.
Bangunan ini juga
mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah
sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan
Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh
Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada
anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan sejarah
menunjukkan sepucuk surat
yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah
sekolah Inggeris di Melaka. Surat
itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja,
Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka
pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian
bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar
bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang
hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak
ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu
atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris,
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah
tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School
atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong.
Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak
barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.
Bangunan itu kini
menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng
Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua
Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak
dari zaman kegemilangan Melaka.
No comments:
Post a Comment