Monday, 10 September 2012

MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN


        Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melakadan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti Kota  A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka.Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai 
Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
     Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman 
Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.




A FAMOSA & KOTA St. JOHN


KOTA A FAMOSA  
  Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.

 
 A Famosa dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Di bina bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,  Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Bahan benaan kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan  lain yang musnah akibat peperanganPembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque .
     Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 
meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
     A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah 
Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
     Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan.
     Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo 
Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".




KOTA St. JOHN

 Kota St. John
 Dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18, kubu ini mempunyai meriam yang mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas Melaka datang terutamanya dari tanah besar dan bukan dari arah laut

GEREJA St. PETER & GEREJA St. PAUL

GEREJA St. PETER
 Dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya adalah penggabungan seni rekabentuk timur dan barat. Locengnya di bawa khas dari Goa pada tahun 1608
GEREJA St. PETER

GEREJA St. PAUL
 
Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburanterbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
                                                             GEREJA St. PAUL


GEREJA St. FRANCIS XAVIER & GEREJA CHRIST

GEREJA St. FRANCIS XAVIER

Dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis, menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier. Dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (Apostle of the East), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerja dakwah menyebarkan agama Katolik di Asia Tenggara pada abad ke-16.

GEREJA St. FRANCIS XAVIER

    
GEREJA CHRIST

 Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulin. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".

GEREJA CHRIST

BANGUNAN STADTHUYS


      'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.


Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. 
      Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
      Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.
Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.


PERKUBURAN BELANDA


      Perkuburan Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir , Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka
 Kubur ini telah digunakan pada akhir suku kurun ke-17. Kini, 5 kubur Belanda dan 33 kubur British terdapat didalam kawasan ini.



Kawasan perkuburan ini telah digunakan pada dua peringkat di antara 1670-1682 dan kemudian pada 1818-1838.
     Di antara kubur yang menarik ramai perhatian ramai pelancong ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi di atasnya di mana dua orang pegawai telah mati semasa Perang Naning (1831-1832)



MAKAM HANJG JEBAT


Makam Hang Jebat merupakan tempat persemandian Hang Jebat, salah seorang dari lima pahlawan terkenal di Melaka.Makam Hang Jebat ini terletak diKampung Pali, Di Jalan Gelanggang di bandar Melaka.